02 August 2009

Ikut Suka Anda (ISA)

PERCAYA atau tidak kononnya unsur-unsur keganasan mampu menular ke negara ini jika rakyat mencetuskan sensitiviti-sensitiviti yang akan memperlihatkan suasana tidak stabil seperti perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Meskipun teori ini boleh disanggah, namun secara logiknya ia tetap ada kebenaran. Mungkin ada pihak yang akan mengambil kesempatan dengan mendakwa kononnya bertindak atas nama perjuangan, sehingga sanggup mengambil tindakan yang tidak berlandaskan syariat dan hukum perundangan.

Kesempatan atau ruang kepada unsur keganasan itu untuk menyelinap di negara ini terbuka apabila rakyat tidak berwaspada dengan gagal menjaga ketenteraman yang dinikmati selama ini.
Justeru, kenapa tidak memaksimumkan pendekatan bermusyawarah atau berbincang antara satu sama lain dalam hal-hal sensitif mengikut konteks negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Pada saat negara ini mempunyai pelbagai bangsa ini, rakyatnya tidak boleh melahirkan suasana ketidaktenteraman dan sebarang pergolakan kerana ia akan menjejaskan banyak perkara termasuk kestabilan politik dan ekonomi yang akhirnya membebankan rakyat.

Sudah berbuih mulut bercakap mengenai ISA, padahal sekalipun akta itu wujud, apa yang perlu dibimbangkan jika tidak melakukan tindakan yang boleh dikenakan hukuman tersebut.

Jika tidak tahan pedas, elakkan makan cili. Semua terletak pada kemahuan masing-masing. Ikut suka andalah hendak pilih yang mana, jangan sampai negara tunggang langgang cukupla!

1 comment:

putri aurora said...

kenapa lah manusia ni tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki?
tak cukup lagi ke?
harap ada pihak yang akan bongkarkan dalang di sebalik peristiwa hitam ini..bawa ke muka pengadilan dan hukum dengan hukuman yang sepatutnya. dalang di sebalik semua ni tak patut dapat pengampunan. hanya ingin kucar kacirkan ketenteraman negara.