12 August 2009

Mengingati 500

500 hari ini bukan satu tempoh yang singkat. Bagi sebuah kerajaan yang baru dibentuk, tempoh itu sudah dikira matang. Sudah tahu hala tuju atau selok belok pentadbiran.

Bagi Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, kerajaan negeri yang dibentuk oleh pakatan pembangkang akan mencecah usia 500 hari beberapa hari lagi.

Dengan mengambil kira perkembangan lanskap politik di tiga buah negeri itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008, pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Kedah dilihat lebih selesa berbanding Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam keselesaan Azizan mentadbir dan kurangnya serangan-serangan 'keras' terhadap pemerintahan beliau, kalangan penduduk di negeri itu jangan lupa atau buat-buat lupa mengenai manifesto Pas Kedah.

Sempena 500 hari pemerintahan pakatan pembangkang yang diterajui oleh Pas di Kedah, di bawah ini merupakan antara janji-janji yag terkandung dalam manifesto tersebut untuk ingatan bersama.

Kata orang, manusia berpegang pada janji. Jadi sama ada penyokong Pas atau sebaliknya, janji-janji yang ditabur kepada rakyat ini perlu dilaksanakan untuk membuktikan kewibawaannya.

* Menggubal, meminda dan melaksanakan undang-undang Islam

* Memberi subsidi air untuk masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar

* Memberi bantuan kewangan untuk pengurusan pengkebumian warga emas
*Memberi cuti bersalin selama tiga bulan: Satu bulan sebelum dan dua bulan selepas melahirkan anak bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan kerajaan tanpa mengehadkan bilangan anak

* Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta menggalakkan pihak swasta mengadakan kemudahan yang sama

* Cuti ehsan 14 hari bagi mereka yang kematian pasangan

* Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran serta longkang
* Memperbanyak kemudahan meletak kenderaan di bandar-bandar utama
Secara keseluruhannya manifesto Pas Kedah terdiri daripada 15 perkara pokok, yang mana setiap perkara pokok itu mempunyai antara lima hingga 12 'sub items'. Yang tertulis di atas hanya sebilangan daripada perkara yang dijanjikan.

Sebagai rakyat yang tinggal di negeri Kedah, mereka pastinya tahu sejauh mana manifesto itu telah disempurkan. Alasan ia perlu memakan masa tidak lagi boleh diterima pakai kerana kini telah 500 hari pentadbiran Azizan dan barisan Exconya.

Justeru, rakyat mampu menilai sendiri dan berhak menghukum kerajaan negeri jika mereka sekadar bermain janji kosong kerana di dalam penutup manifesto berkenaan telah tertulis:-

'Demikianlah pakej tawaran ini kami bentangkan untuk anda. Agenda yang terkandung adalah komitmen bertulis kami tanpa sebarang syarat tersembunyi. Kami berjanji tidak akan berdalih atau mencari alasan atau mengkambing hitamkan pihak lain jika rakyat menghukum kami kerana mengkhianati mandat serta amanah yang mereka berikan berdasarkan pakej tawaran ini. Semoga anda bersama rakan-rakan kami untuk menuju Kedah harapan demi nikmat untuk semua.'

3 comments:

Anonymous said...

Tak dak satu pun perkara diatas telah dilaksanakan.

Memperbanyakkan parking paling kelentong, manaikkan rate parking ada la.

epain said...

steady lah bro rawai..

siap kira hari tu...500 hari dah ye PRU 12 berlalu...

tu manifesto pakatan...mcm mana pulak dgn BN?...

adakah negara kita sekang ni Selamat, Aman dan Makmur?...

atau adakah negara kita sedang menghampiri PRU 13?

Anonymous said...

HHHampir satu setngah tawunnn...PR tak dak buat apa pun. Depa nih asyik TIMBULKAN MASALAH saja. Agenda politik periibadi bagi pemimpin PR lebih menonjol.

Yang pasti kerugian bangsa Melayu. Apa susah sangat ka nak bezakan dulu n sekarang???

Cina la nih lebih kurang ajak ada la. Hindu lebih samseng jelas. Paria pulak!! Melayu join PR tu cerdik sangatt keeee. Hampa sokong PAS ke Umno ke aku lantak le tapi ape ke jadahnye pi sokong PKR yang hindu n melayu yang tak brap kerat tuuuh.